Assalamualaikum dan salam satu Malaysia
Bersyukur
kehadrat Illahi kerana kita dapat berjumpa lagi dalam tahun 2015.
Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab saya sebagai pengetua atau
pemimpin di sekolah ini untuk memimpin semua warga sekolah ke arah
mencapai kecemerlangan. Selama saya bersama warga HSBM, saya
dapati ada kekuatan, kelemahan, cabaran dan peluang di sekolah ini.
Rumusannya, sekolah kita mampu untuk menjadi sekolah yang hebat.
Akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan adalah merupakan salah satu daripada enam Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Pengenalan NKRA pendidikan merupakan
sebahagian daripada proses tranformasi dan pembaharuan dalam sistem
pendidikan yang bertujuan melonjakkan kecemerlangan pendidikan di negara
kita. Empat komponen kecil NKRA pendidikan iaitu; meningkatkan kadar
penyertaan murid prasekolah; semua murid normal boleh menguasai literasi
dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah; mewujudkan
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan memperkenalkan ‘new deal’ kepada
pemimpin sekolah adalah menjadi teras untuk kita laksanakannya dengan
baik.
Bagi menggalakkan budaya kecemerlangan
di sekolah, KPM telah mewujudkan SBT. Pemilihan SBT dibuat berdasarkan
kecemerlangan akademik, termasuk disiplin, kebersihan, aktiviti
kokurikulum dan penguasaan bidang utama sekolah. Atas dasar itu, kita
bersetuju untuk merealisasikan visi sekolah kita yang baru iaitu “ HSBM Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Di Malaysia Menjelang Tahun 2017”.
Untuk mencapai visi ini, bukanlah mudah. Walau bagaimanapun, sekiranya
kita dapat bersatu hati dan tenaga, saya amat yakin kita mampu
mencapainya, insyaallah. Selaras dengan itu, Majlis Pengurusan
Tertinggi Sekolah telah bermuafakat bahawa tema tahun 2011 iaitu ‘Together we strive for excellence’ (Bersama- sama kita mencapai kecemerlangan) akan kita gunakan sebagai pemangkin untuk kita bergerak untuk mencapai visi tersebut.
Oleh itu, marilah kita berikrar dan
berazam akan menunaikan tugas dan tanggungjawab ini demi misi sekolah
kita yang baru iaitu untuk “membangunkan potensi murid bertaraf
dunia selaras dengan FPK melalui kepimpinan, pengurusan, perkhidmatan
dan pengajaran yang holistik dan berkesan dengan mengamalkan budaya
kerja yang berkualiti dan profesional ”.
Semoga usaha yang kita laksanakan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T jua.
Sekian, terima kasih.
‘ TOGETHER WE STRIVE FOR EXCELLENCE’
EN. KHALIQUL ZAMAN MOHAMED SHERIFF
Pengetua Cemerlang
SMK Tinggi Bukit Mertajam
No comments:
Post a Comment