Tuesday, 6 January 2015

BICARA PENGETUA (2015)

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

KhaluqulZamanBersyukur kehadrat Illahi kerana kita dapat berjumpa lagi dalam tahun 2015. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab saya sebagai pengetua atau pemimpin di sekolah ini untuk memimpin semua warga sekolah ke arah mencapai kecemerlangan. Selama saya bersama warga HSBM, saya dapati ada kekuatan, kelemahan, cabaran dan peluang di sekolah ini. Rumusannya, sekolah kita mampu untuk menjadi sekolah yang hebat.

Akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan adalah merupakan salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Pengenalan NKRA pendidikan merupakan sebahagian daripada proses tranformasi dan pembaharuan dalam sistem pendidikan yang bertujuan melonjakkan kecemerlangan pendidikan di negara kita. Empat komponen kecil NKRA pendidikan iaitu; meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah; semua murid normal boleh menguasai literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah; mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan memperkenalkan ‘new deal’ kepada pemimpin sekolah adalah menjadi teras untuk kita laksanakannya dengan baik.

Bagi menggalakkan budaya kecemerlangan di sekolah, KPM telah mewujudkan SBT. Pemilihan SBT dibuat berdasarkan kecemerlangan akademik, termasuk disiplin, kebersihan, aktiviti kokurikulum dan penguasaan bidang utama sekolah. Atas dasar itu, kita bersetuju untuk merealisasikan visi sekolah kita yang baru iaitu “ HSBM Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi  Di Malaysia Menjelang Tahun 2017”. Untuk mencapai visi ini, bukanlah mudah. Walau bagaimanapun, sekiranya kita dapat bersatu hati dan tenaga, saya amat yakin kita mampu mencapainya, insyaallah.  Selaras dengan itu, Majlis Pengurusan Tertinggi Sekolah telah bermuafakat bahawa tema tahun 2011 iaitu ‘Together we strive for excellence’ (Bersama- sama kita mencapai kecemerlangan) akan kita gunakan sebagai pemangkin untuk kita bergerak untuk mencapai visi tersebut.

Oleh itu, marilah kita berikrar dan berazam akan menunaikan tugas dan tanggungjawab ini demi misi sekolah kita yang baru iaitu  untuk “membangunkan potensi murid bertaraf dunia selaras dengan FPK melalui kepimpinan, pengurusan, perkhidmatan dan pengajaran yang holistik dan berkesan dengan mengamalkan budaya kerja yang berkualiti dan profesional ”.

Semoga usaha yang kita laksanakan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T jua.

Sekian, terima kasih.

‘ TOGETHER WE STRIVE FOR EXCELLENCE’


EN. KHALIQUL ZAMAN MOHAMED SHERIFF
Pengetua Cemerlang
SMK Tinggi Bukit Mertajam