Tuesday 15 March 2016

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS UNTUK LANTIKAN PENGAWAS 2016



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM, ALHAMDULILAH HIRABBI AALAMIN     ASSOLATUASOLAMUALA ASRAFI AMBIAIWALMURSALIN WAALAALIHI WASAHBIHIAJMAIN.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
DAN SALAM SEJAHTERA.

Ke pekan kuala membeli bidara
Sayang pesanan terlupa sudah
Assalamualaikum pembuka bicara
Majlis bermula di pagi yang indah.
          
Yang Berusaha Tn. Hj. Mohamad Azudin Bin Abdullah,
Guru Penolong Kanan 1,
Pn. Hjh Siti Zawiyah Bt. Mahamud , Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
En. Mohamad Zawawi Bin Ahmad, Guru Penolong  Kanan Kokurikulum,
Pn. Che Noora Bt. Md Said, Guru Penolong Kanan Tingkatan 6,
Ketua-Ketua Bidang, guru-guru, para pengawas sekolah, serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Sekali lagi, dipanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat berhimpun dalam Majlis Pelantikan Kepimpinan Pengawas SMK Tinggi Bukit Mertajam bagi tahun 2016.
Untuk pengetahuan semua, seramai   122  orang pengawas sekolah akan menerima watikah masing-masing.

Upacara yang penuh simbolik ini bukan sahaja memenuhi tradisi pelantikan sayap utama sekolah ini, tetapi merupakan satu amanah yang akan dipikul oleh mereka.
Hadirin hadirat yang dimuliakan …
                           
Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan pengawas sekolah. Untuk itu, majlis  menjemput Yang Berusaha Pn. Hjh Siti Zawiyah Bt. Mahamud, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid diiringi Pn. Faridah Binti Ahmad, Ketua Guru Pengawas bagi menyempurnakannya.

Dipersilakan pengawas sekolah saudari Nur Athirah Binti Mohd Nasruddin, …(baca daripada senarai nama dari bawah ke atas)

Seterusnya dipersilakan Pengawas Kanan
1.     Tan Yi Dzin (Bendahari Unit Pengawas 2016)
2.     Vanessa Ang Jia Lin (Penolong Setiausaha Unit Pengawas 2016)
3.     Kathleeya Narisha A/P Richard (Setiausaha Unit Pengawas 2016)

Majlis diteruskan dengan menjemput saudari Fadhilatun Nisa Binti Mohamed Shaik Jamaludin selaku Timbalan Ketua Pengawas SMK Tinggi Bukit Mertajam tahun 2016 untuk menerima watikah.

Dan akhir sekali majlis mempersilakan saudara Nicholas Nathan Nimbalker, selaku Ketua Pelajar SMK Tinggi Bukit Mertajam tahun 2016 untuk menerima watikah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. Hjh Siti Zawiyah Bt. Mahamud, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid kerana sudi menyempurnakan majlis penyerahan watikah itu tadi.

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar pengawas.

Untuk itu, dipersilakan saudara Nicholas Nathan Nimbalker, Ketua Pelajar SMK Tinggi Bukit Mertajam untuk mengetuai bacaan ikrar.
                                                            (bacaan ikrar)
Terima kasih diucapkan kepada saudara Nicholas atas bacaan ikrar itu tadi.

Dijemput semua pentadbir untuk sesi bergambar bersama Pengawas Sekolah tahun 2016.

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon jati,
Sampai sudah ke penghujung acara,
Tahun depan kita bersua lagi.

Majlis diserah semula kepada pengacara majlis.

No comments:

Post a Comment