Tuesday 21 January 2014

BIDANG TUGAS PENGAWAS


KETUA PENGAWAS
  • Memantau jadual tugasan Lembaga Pengawas Sekolah
  • Menjadi wakil murid, pengawas dan sekolah
  • Menjadi teladan kepada murid dan pengawas lain
  • Mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga Pengawas
  • Memastikan aktiviti Lembaga Pengawas berjalan dengan lancar serta menyelia aktiviti Lembaga Pengawas
  • Memastikan ahli Lembaga Pengawas menjalankan tugas yang telah ditetapkan dengan sempurna
  • Memantau disiplin pengawas dan murid dari masa ke semasa
  • Mengadakan perbincangan dengan AJKT untuk membuat tindakan yang melibatkan kepentingan semua pengawas
  • Mengetuai segala ucapan rasmi Lembaga Pengawas dan berucap dalam majlis-majlis rasmi selaku wakil murid
  • Menjadi lambang kecekapan Lembaga Pengawas
  • Memastikan setiap pengawas adalah 'role model' kepada murid lain
  • Mengadakan perbincangan dengan Guru Pengawas/ Pentadbir Sekolah untuk membuat tindakan yang melibatkan kepentingan semua pengawas

TIMBALAN KETUA PENGAWAS
  • Membantu Ketua Pengawas dalam pelbagai aspek Lembaga Pengawas
  • Menjalankan semua tugas Ketua Pengawas sewaktu ketiadaan beliau
  • Menjadi teladan kepada ahli Lembaga Pengawas dan murid lain
  • Memantau dan membantu disiplin pengawas dan murid-murid dari masa ke semasa
  • Mempengerusikan mesyuarat sekiranya Ketua Pengawas tiada atau ada hal yang lain atas arahan Guru Pengawas atau Pengetua
  • Memastikan disiplin pengawas dan murid terkawal semasa perhimpunan, acara rasmi sekolah dan rehat
  • Membantu Biro Spotcheck menjalankan spotcheck

SETIAUSAHA
  • Membantu Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas bagi setiap pembahagian dan pengagihan tugas
  • Menguruskan mesyuarat Lembaga Pengawas
  • Menyedia dan menyimpan setiap minit mesyuarat
  • Bertanggungjawab atas urusan surat-menyurat
  • Menyimpan rekod peribadi kesemua pengawas

PENOLONG SETIAUSAHA
  • Bekerjasama dengan Ketua Pengawas menyediakan jadual bertugas pengawas sekolah
  • Memastikan biro-biro membuat laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan
  • Menerima dan mengesahkan laporan tugas pengawas
  • Berada di Bilik Pengawas sebelum tugas pengawas bermula untuk memastikan semua pengawas bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan
  • Mengemaskini Papan Kenyataan Pengawas dan maklumat tugas harian (di luar bilik pengawas)

BENDAHARI
  • Mengutip yuran bulanan dan lain-lain bayaran setelah mendapat keizinan dari Guru Pengawas
  • Menyimpan rekod kewangan yang dikemaskini (accurate and up-to-date) dengan baik
  • Menyerahkan rekod kewangan kepada Guru Pengawas bila diperlukan
  • Menjadi penasihat kewangan kepada Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas
  • Memastikan keadaan kewangan Lembaga Pengawas adalah stabil
  • Menyediakan dan mengemaskini laporan kewangan Lembaga Pengawas 
  • Mencari tajaan kewangan atau sumbangan untuk menambah dana Lembaga Pengawas
  • Menyedia bajet perbelanjaan untuk semua aktiviti Lembaga Pengawas

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT)
AJKT terdiri daripada Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari.

Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Tertinggi:
  • Menjaga disiplin semua pelajar
  • Mengawasi kelakuan dan disiplin semua pengawas
  • Mensyuarat AJKT mesti diadakan sekurang-kurangnya dua minggu sekali atau mengikut keadaan semasa
  • Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Pengawas atau Timbalan Ketua Pengawas
  • AJKT berhak bermesyuarat tentang tindakan/ hukuman yang munasabah kepada murid/ pengawas mengikut Buku Peraturan Sekolah dan Perlembagaan Pengawas (setelah merujuk kepada Guru Pengawas dan Guru Penasihat Lembaga Disiplin)   
  • Pelajar dan pengawas yang disyaki melakukan kesalahan akan diberi peluang untuk mempertahankan diri sebelum AJKT membuat keputusan dalam hal ini.
  • Keputusan muktamad mengenai tindakan tatatertib ke atas pengawas yang mempunyai masalah tingkahlaku/ disiplin dibuat oleh Ketua Pengawas dan Guru-guru Pengawas

BIRO DISIPLIN & SPOTCHECK
  • Membantu pihak sekolah dalam menguatkuasakan peraturan sekolah
  • Menjalankan pemeriksaan disiplin terhadap murid pada perhimpunan rasmi
  • Menjalankan pemeriksaan disiplin dan spotcheck bila diperlukan
  • Berbincang dengan murid yang bermasalah dengan berdiplomasi
  • Memastikan disiplin murid sentiasa terkawal bagi membentuk persekitaran yang harmoni
  • Memantau tahap disiplin pengawas-pengawas lain

BIRO PERHIMPUNAN
  • Membuat persiapan tapak perhimpunan/ dewan setiap kali terdapat perhimpunan rasmi
  • Memastikan keadaan tapak perhimpunan/ dewan bersih sewaktu upacara rasmi
  • Memastikan pengawas-pengawas bertugas di perhimpunan bersedia berada di tempat tugasan masing-masing- penaik bendera, komandan, pengacara majlis, pembaca doa, pembaca ikrar sekolah dan pengawas yang akan melafazkan Rukunegara dan lain-lain
  • Melaporkan sebarang perlakuan negatif di tapak perhimpunan/ dewan
  • Memastikan perhimpunan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan
  • Memastikan semua murid berada dalam barisan mengikut kelas masing-masin, berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Pulau Pinang, dan School by The Bukit
  • Memastikan kebersihan tapak perhimpunan/ dewan selepas upacara rasmi tamat

BIRO PENGURUSAN MAJLIS DAN PROTOKOL
  •  Bekerjasama dengan Biro Perhimpunan dalam mempengerusikan perhimpunan rasmi sekolah
  • Menjadi pengacara majlis dalam setiap aktiviti Lembaga Pengawas
  • Menyediakan skrip pengacara majlis
  • Melatih pengawas lain menjadi pengacara majlis
  • Menyediakan dan memantau Susunan keutamaan, Gelaran dan Panggilan Hormat tetamu dengan betul
  • Menyediakan susunan tempat duduk dan susunan bendera dengan betul dalam majlis-majlis rasmi
  • Memastikan protokol pengawas pengiring dan penyambut tetamu di kalangan ahli Lembaga Pengawas dipatuhi

 BIRO AKTIVITI DAN DOKUMENTASI
  • Merancang segala aktiviti tahunan Lembaga Pengawas
  • Memastikan penglibatan semua pengawas dalam kesemua aktiviti yang dirancang dan dijalankan serta memastikan perlaksanaan dan kelancaran aktiviti tersebut 
  • Memastikan semua kelengkapan peralatan, makanan dan minuman, ubat-ubatan mencukupi semasa aktiviti dijalankan
  • Menyediakan laporan berkaitan semua aktiviti Lembaga Pengawas yang telah dijalankan dan yang tidak dapat dilaksanakan (jika ada)
  • Bekerjasama dengan Biro Kebajikan dan Pelancongan menguruskan aktiviti Teambuilding
  • Membantu Majlis Kebajikan Guru (MKG) dalam menguruskan aktiviti Hari Guru 

BIRO KEBAJIKAN DAN PELANCONGAN
  • Mengenalpasti para pengawas yang memerlukan bantuan fizikal, kewangan dan emosi
  • Merancang destinasi yang sesuai untuk lawatan sambil belajar
  • Mengurus kertas kerja berkaitan pelancongan Lembaga Pengawas
  • Merancang jamuan tahunan Lembaga Pengawas serta memilih tempat-tempat yang sesuai untuk jamuan diadakan
  • Mengurus dan membuat bajet jamuan serta menu-menu yang sesuai serta Halal
  • Menjemput barisan pentadbir dan para guru yang berkaitan menghadiri aktiviti-aktiviti Lembaga Pengawas
  • Mengurus hadiah dan cenderamata yang berkaitan

BIRO MERIT-DEMERIT
  • Membantu guru-guru Penyelaras Tingkatan mengemaskini Borang Pemantauan Kelas dan Borang Kebenaran Keluar Kelas
  • Menyediakan jadual pengawas yang membantu serta memberi taklimat berkaitan pengurusan borang merit-demerit
  • Membantu Penyelaras Tingkatan (Guru-guru Disiplin) mengemaskini Fail Disiplin setiap tingkatan
  • Membantu mencetak markah demerit terkumpul setiap tiga bulan untuk dipamerkan

BIRO KECERIAAN DAN KEBERSIHAN 
  • Memastikan bilik pengawas sentiasa bersih, kemas dan teratur
  • Menyediakan jadual bertugas bilik pengawas
  • Menceriakan bilik pengawas
  • Bekerjasama dengan Biro Perhimpunan dalam memastikan kebersihan tapak perhimpunan/ dewan sebelum dan selepas upacara rasmi setiap majlis
  • Membantu guru-guru memantau kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah dan kelas-kelas
  • Memastikan pengawas yang bertanggungjawab membuat laporan kantin dan menyerahkan laporan tersebut kepada guru kantin

BIRO TEKNIKAL DAN SIARAYA
  • Bekerjasama dengan Biro Aktiviti dan Dokumentasi dalam merancang aktiviti Lembaga Pengawas
  • Mengurus sebarang penggunaan sistem PA dalam aktiviti Lembaga Pengawas
  • Membantu mengurus penggunaan sistem PA jika diperlukan oleh guru-guru
  • Menyediakan tenaga sukarela dalam setiap program pengawas
  • Menyediakan slideshow aktiviti pengawas 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS 
  • Mengawal disiplin pelajar.
  • Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
  • Menjaga imej dan nama baik sekolah.
  • Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
  • Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
  • Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
  • Memimpin rakan-rakan pelajar.
  • Mencegah kes jenayah di sekolah. 
  • Menghormati guru.
  • Tidak berat sebelah dalam melaksanakan tugas harian.
  • Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas serta sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
  • Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
  • Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
  • Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
  • Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya-upaya untuk mengubah sikap mereka.
  • Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
  • Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah untuk rujukan dan tindakan disiplin.
  • Patuh pada ketetapan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat bertugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

MESYUARAT BULANAN 
  • Diadakan sebulan sekali.
  • Wajib dihadiri oleh semua ahli Lembaga Pengawas.
  • Agenda, tempat, masa dan guru-guru pengawas yang akan hadir hendaklah diumumkan kepada semua pengawas secara bertulis sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh mesyuarat.
  • Laporan minit mesyuarat yang lalu daripada Setiausaha atau Penolongnya mesti disahkan dalam mesyuarat tersebut.
  • Tanpa pengesahan oleh majoriti, laporan-laporan tersebut tidak akan diterima.
  • Pengawas-pengawas yang tidak bersetuju dengan laporan-laporan tersebut dikehendaki memberi sebab-sebabnya menolak laporan tersebut.
  • Laporan aktiviti daripada pengawas yang telah dipertanggungjawabkan serta perancangan aktiviti yang akan dilakukan hendaklah dipertimbangkan dalam mesyuarat.
  • Sebarang cadangan yang tidak menerima sokongan majoriti tidak akan diterima kecuali adanya undi pemutus daripada Ketua Pengawas atau guru-guru pengawas.
  • Laporan mengenai segala projek yang berkaitan dengan pihak pentadbiran sekolah mesti dibuat dan diserahkan kepada Tuan Pengetua. Tanpa kebenaran Tuan Pengetua, projek tersebut akan dibatalkan.
 Agenda-agenda mesyuarat:
1. Ucapan Ketua Pengawas
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Pengesahan dan pembentangan laporan kewangan
4. Perkara-perkara berbangkit dan tindakannya
5. Perkara-perkara khas
6. Hal-hal lain

Agenda ini boleh diubahsuai mengikut kehendak dan keadaan semasa.


MESYUARAT MINGGUAN 
  • Diadakan seminggu sekali.
  • Dipengerusikan oleh Ketua Pengawas.
  • Diwajibkan hadir oleh semua AJKT, Ketua-ketua Biro dan Ketua Kumpulan Lembaga Pengawas.
  • Ahli Lembaga Pengawas lain digalakkan hadir.
  • Tempat bermesyuarat di Bilik Pengawas.
  • Matlamat mesyuarat adalah untuk membincangkan dan mempertingkatkan lagi organisasi Lembaga Pengawas.
  • Laporan dan post-mortem berkaitan tugasan, disiplin dan aktiviti-aktiviti pengawas.
  • Mesyuarat mesti diminitkan.
 



 

No comments:

Post a Comment