Tuesday, 5 January 2016

BICARA PENGETUA 2016

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

KhaluqulZaman
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama melafazkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia serta keizinan-Nya, kita sihat, selamat dan dipanjangkan umur untuk terus menikmati kehidupan di dunia ini dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Selamat Datang kepada semua warga HSBM untuk kembali bertugas bagi sesi persekolahan 2016.

            Kajian menunjukkan bahawa pekerja adalah faktor penentu kepada kejayaan sesebuah organisasi. Maka guru-guru mestilah melakukan anjakan paradigma dengan melengkapi diri dengan pemikiran dan pembudayaan pendidikan alaf baharu. Kita akan ketinggalan jika kita bersikap “wait and see” atau “I follow”. Sebaliknya kita harus mempunyai sifat penggunaan ilmu dan mengamalkan budaya kerja cemerlang dengan melaksanakan perubahan yang positif, pemikiran yang futuristik, kreatif dan inovatif untuk memastikan setiap tugas dapat dilaksanakan dengan baik, berkesan, berdaya saing dan memberikan impak yang positif dan “desirable outcome” kepada organisasi.

Para guru perlu diperlengkapkan dengan teknik dan strategi pengajaran, elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan pembelajaran Abad 21 (21st Century Classroom). Pembelajaran Abad 21 bukannya hanya terhad kepada bilik darjah yang dilengkapi dengan teknologi canggih dan sofistikated tetapi lebih kepada pembelajaran holistik dengan 3 objektif iaitu:-
  1. Untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berkolaboratif, berupaya berkomunikasi dengan berkesan dan berfikiran kritis , kreatif dan inovasi.
  2. Untuk melahirkan para guru yang mempunyai kemahiran pedagogi abad 21 iaitu berbantukan ICT dan kepelbagaian dalam metodologi penyampaian ilmu.
  3. Memastikan ekosistem pengurusan bilik darjah yang kondusif, mempunyai jaringan internet atau interraktif dan produktif iaitu keberhasilan kepada cara berfikir murid-murid di peringkat global.

Kepada semua guru-guru amalkan budaya kerja cemerlang, Tonggak Dua belas, MMI dan integriti dalam kerja harian kita untuk membawa HSBM ke Band 1 dan mencapai status Sekolah Kluster dan seterusnya Sekolah Berprestasi Tinggi.

Selamat Bertugas. Semoga usaha yang kita laksanakan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T jua.

Sekian, terima kasih.

‘ TOGETHER WE STRIVE FOR EXCELLENCE’


EN. KHALIQUL ZAMAN MOHAMED SHERIFF
Pengetua Cemerlang
SMK Tinggi Bukit Mertajam

Monday, 4 January 2016

STRUKTUR ORGANISASI HSBM 2016 (HSBM ADMINISTRATORS 2016)

                                                      



STRUKTUR ORGANISASI HSBM

TAHUN 2016

KhaluqulZaman3
Pengetua Cemerlang (EN. KHALIQUL ZAMAN BIN MOHAMED SHERIFF)
  

Azudin
Penolong Kanan Pentadbiran
( MOHAMAD AZUDIN BIN ABDULLAH )
SitiZawiyah2
Penolong Kanan HEM
(SITI ZAWIYAH BINTI MAHAMUD)















Che-Nora
Penolong Kanan Tingkatan 6
(EN. HJH CHE NOORA BINTI MD SAID)
Zawawi
Penolong Kanan Kokurikulum
(EN.MOHAMAD ZAWAWI BIN AHMAD)














GURU KANAN BIDANG

Guru Kanan Bidang Sains & Matematik
(EN. SOBRI BIN HJ. MOHAMAD)




Guru Kanan Bidang Teknik & Vokasional
(EN SUNDARESAN KARUPIAH)

 
Guru Kanan Bidang Bahasa
(PN. RAHIMAH BINTI ZAINUDIN)


  
Guru Kanan Bidang Kemanusiaan
(CIK GOOI SOO GUAT)