Monday, 3 March 2014

PREFECTS' PLEDGE



Kami Pengawas High School Bukit Mertajam
Berjanji dan berikrar
Akan mematuhi
Undang-undang dan peraturan sekolah ini

Kami akan menjalankan
Tanggungjawab kami dengan penuh dedikasi
Dan ikhlas sepanjang masa

Kami berjanji akan sentiasa
Menjaga imej dan
nama baik sekolah ini
agama, bangsa dan Negara
berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara

Kami juga berjanji
Menjadi pelajar contoh dan berjaya
Sehingga menjadi kebanggaan
Ibu bapa, Guru-guru, Sekolah
Dan seluruh rakyat Malaysia. 


Thursday, 27 February 2014

THE SCHOOL STATEMENT

It is our bounden duty to uphold the Honour of the School at all times and in all places, both now as boys and girls and later as men and women, and old boys and old girls. The Honour of the School will not be upheld by talking or writing. It is by his conduct that a man is judged: his deeds speak louder than his words, and a little example persuadeth more than much percept. 

From the School more is to be learnt than the wisdom of books: the conduct of a good man and true may be learnt at school.

A good man and true scorns to succeed by means that are dishonest. he never gives in, he never admits defeat. After being punished or blamed, he does not sulk or complain. He never deserts his friends, his Colour or his School under any circumstances. Above all he will stand up for the king, the king who keeps the enemies beyond the boundaries within which we live and without which, murder, opression, famine and robbery will stalk through our province. To him while we shelter beneath his flag, gratitude and goodness demand our outspoken loyalty.

Friday, 21 February 2014

SAMPLE DUAA (PRAYER)- MORNING ASSEMBLY

Ya Allah..di pagi yang berkat ini, kami menadah tangan memohon kepadaMu, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibu bapa kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami juga muslimin dan muslimat, mu'minin dan mu'minat samaada yang masih hisup mahupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allahu Ya Rahman...limpahkanlah kepada kami ilmu pengetahuan, hiasilah diri kami dengan kesopanan, muliakanlah kami dengan ketaqwaan, segarkan tubuh kami dengan kesihatan dan berkatilah diri kami dengan keredhaan.

Ya Allahu Ya Jabbar...jadikanlah kami pelajar-pelajar HSBM  sebagai insan yang berguna, taat kepada perintah agama, menyayangi ibubapa, beradab kepada guru dan cintakan ilmu. Bangkitkan dalam jiwa kami semangat untuk membela nasib keluarga, memartabatkan agama dan bangsa serta mengharumkan nama negara ke seluruh dunia.

Ya Allah Ya Qahhar...bantulah kami dan guru-guru kami dalam menyebarkan ilmu di sekolah ini, menerapkan nilai-nilai murni dan menghasilkan pelajar-pelajar yang berkualiti. Semoga kami semua dapat menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.  Ameen.

 

Wednesday, 22 January 2014

LENCANA SEKOLAH (SCHOOL BADGE)





HSBM_logo_bw

Dicipta oleh En. Oh Boon Tat

  • Warna hitam, putih dan merah melambangkan warna-warna sekolah.
  • Cogankata ‘Aut Coepisse Noh Aut Confice’ dalam bahasa Latin atau Bahasa Inggeris “Accomplish or Do Not Begin’
  • Lencana ini digunakan pada tahun 1948 hingga kini.
  • Huruf H/S ialah nama sekolah High School
  • Obor melambangkan kecemerlangan ilmu
  • Latar belakang bukit, Bukit Mertajam
  • Daun-daun kecil melambangkan insan muda
  • Huruf H/S bercantum melambangkan semangat kerjasama antara satu sama lain


Tuesday, 21 January 2014

BIDANG TUGAS PENGAWAS


KETUA PENGAWAS
  • Memantau jadual tugasan Lembaga Pengawas Sekolah
  • Menjadi wakil murid, pengawas dan sekolah
  • Menjadi teladan kepada murid dan pengawas lain
  • Mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga Pengawas
  • Memastikan aktiviti Lembaga Pengawas berjalan dengan lancar serta menyelia aktiviti Lembaga Pengawas
  • Memastikan ahli Lembaga Pengawas menjalankan tugas yang telah ditetapkan dengan sempurna
  • Memantau disiplin pengawas dan murid dari masa ke semasa
  • Mengadakan perbincangan dengan AJKT untuk membuat tindakan yang melibatkan kepentingan semua pengawas
  • Mengetuai segala ucapan rasmi Lembaga Pengawas dan berucap dalam majlis-majlis rasmi selaku wakil murid
  • Menjadi lambang kecekapan Lembaga Pengawas
  • Memastikan setiap pengawas adalah 'role model' kepada murid lain
  • Mengadakan perbincangan dengan Guru Pengawas/ Pentadbir Sekolah untuk membuat tindakan yang melibatkan kepentingan semua pengawas

TIMBALAN KETUA PENGAWAS
  • Membantu Ketua Pengawas dalam pelbagai aspek Lembaga Pengawas
  • Menjalankan semua tugas Ketua Pengawas sewaktu ketiadaan beliau
  • Menjadi teladan kepada ahli Lembaga Pengawas dan murid lain
  • Memantau dan membantu disiplin pengawas dan murid-murid dari masa ke semasa
  • Mempengerusikan mesyuarat sekiranya Ketua Pengawas tiada atau ada hal yang lain atas arahan Guru Pengawas atau Pengetua
  • Memastikan disiplin pengawas dan murid terkawal semasa perhimpunan, acara rasmi sekolah dan rehat
  • Membantu Biro Spotcheck menjalankan spotcheck

SETIAUSAHA
  • Membantu Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas bagi setiap pembahagian dan pengagihan tugas
  • Menguruskan mesyuarat Lembaga Pengawas
  • Menyedia dan menyimpan setiap minit mesyuarat
  • Bertanggungjawab atas urusan surat-menyurat
  • Menyimpan rekod peribadi kesemua pengawas

PENOLONG SETIAUSAHA
  • Bekerjasama dengan Ketua Pengawas menyediakan jadual bertugas pengawas sekolah
  • Memastikan biro-biro membuat laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan
  • Menerima dan mengesahkan laporan tugas pengawas
  • Berada di Bilik Pengawas sebelum tugas pengawas bermula untuk memastikan semua pengawas bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan
  • Mengemaskini Papan Kenyataan Pengawas dan maklumat tugas harian (di luar bilik pengawas)

BENDAHARI
  • Mengutip yuran bulanan dan lain-lain bayaran setelah mendapat keizinan dari Guru Pengawas
  • Menyimpan rekod kewangan yang dikemaskini (accurate and up-to-date) dengan baik
  • Menyerahkan rekod kewangan kepada Guru Pengawas bila diperlukan
  • Menjadi penasihat kewangan kepada Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas
  • Memastikan keadaan kewangan Lembaga Pengawas adalah stabil
  • Menyediakan dan mengemaskini laporan kewangan Lembaga Pengawas 
  • Mencari tajaan kewangan atau sumbangan untuk menambah dana Lembaga Pengawas
  • Menyedia bajet perbelanjaan untuk semua aktiviti Lembaga Pengawas

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT)
AJKT terdiri daripada Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari.

Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Tertinggi:
  • Menjaga disiplin semua pelajar
  • Mengawasi kelakuan dan disiplin semua pengawas
  • Mensyuarat AJKT mesti diadakan sekurang-kurangnya dua minggu sekali atau mengikut keadaan semasa
  • Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Pengawas atau Timbalan Ketua Pengawas
  • AJKT berhak bermesyuarat tentang tindakan/ hukuman yang munasabah kepada murid/ pengawas mengikut Buku Peraturan Sekolah dan Perlembagaan Pengawas (setelah merujuk kepada Guru Pengawas dan Guru Penasihat Lembaga Disiplin)   
  • Pelajar dan pengawas yang disyaki melakukan kesalahan akan diberi peluang untuk mempertahankan diri sebelum AJKT membuat keputusan dalam hal ini.
  • Keputusan muktamad mengenai tindakan tatatertib ke atas pengawas yang mempunyai masalah tingkahlaku/ disiplin dibuat oleh Ketua Pengawas dan Guru-guru Pengawas

BIRO DISIPLIN & SPOTCHECK
  • Membantu pihak sekolah dalam menguatkuasakan peraturan sekolah
  • Menjalankan pemeriksaan disiplin terhadap murid pada perhimpunan rasmi
  • Menjalankan pemeriksaan disiplin dan spotcheck bila diperlukan
  • Berbincang dengan murid yang bermasalah dengan berdiplomasi
  • Memastikan disiplin murid sentiasa terkawal bagi membentuk persekitaran yang harmoni
  • Memantau tahap disiplin pengawas-pengawas lain

BIRO PERHIMPUNAN
  • Membuat persiapan tapak perhimpunan/ dewan setiap kali terdapat perhimpunan rasmi
  • Memastikan keadaan tapak perhimpunan/ dewan bersih sewaktu upacara rasmi
  • Memastikan pengawas-pengawas bertugas di perhimpunan bersedia berada di tempat tugasan masing-masing- penaik bendera, komandan, pengacara majlis, pembaca doa, pembaca ikrar sekolah dan pengawas yang akan melafazkan Rukunegara dan lain-lain
  • Melaporkan sebarang perlakuan negatif di tapak perhimpunan/ dewan
  • Memastikan perhimpunan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan
  • Memastikan semua murid berada dalam barisan mengikut kelas masing-masin, berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Pulau Pinang, dan School by The Bukit
  • Memastikan kebersihan tapak perhimpunan/ dewan selepas upacara rasmi tamat

BIRO PENGURUSAN MAJLIS DAN PROTOKOL
  •  Bekerjasama dengan Biro Perhimpunan dalam mempengerusikan perhimpunan rasmi sekolah
  • Menjadi pengacara majlis dalam setiap aktiviti Lembaga Pengawas
  • Menyediakan skrip pengacara majlis
  • Melatih pengawas lain menjadi pengacara majlis
  • Menyediakan dan memantau Susunan keutamaan, Gelaran dan Panggilan Hormat tetamu dengan betul
  • Menyediakan susunan tempat duduk dan susunan bendera dengan betul dalam majlis-majlis rasmi
  • Memastikan protokol pengawas pengiring dan penyambut tetamu di kalangan ahli Lembaga Pengawas dipatuhi

 BIRO AKTIVITI DAN DOKUMENTASI
  • Merancang segala aktiviti tahunan Lembaga Pengawas
  • Memastikan penglibatan semua pengawas dalam kesemua aktiviti yang dirancang dan dijalankan serta memastikan perlaksanaan dan kelancaran aktiviti tersebut 
  • Memastikan semua kelengkapan peralatan, makanan dan minuman, ubat-ubatan mencukupi semasa aktiviti dijalankan
  • Menyediakan laporan berkaitan semua aktiviti Lembaga Pengawas yang telah dijalankan dan yang tidak dapat dilaksanakan (jika ada)
  • Bekerjasama dengan Biro Kebajikan dan Pelancongan menguruskan aktiviti Teambuilding
  • Membantu Majlis Kebajikan Guru (MKG) dalam menguruskan aktiviti Hari Guru 

BIRO KEBAJIKAN DAN PELANCONGAN
  • Mengenalpasti para pengawas yang memerlukan bantuan fizikal, kewangan dan emosi
  • Merancang destinasi yang sesuai untuk lawatan sambil belajar
  • Mengurus kertas kerja berkaitan pelancongan Lembaga Pengawas
  • Merancang jamuan tahunan Lembaga Pengawas serta memilih tempat-tempat yang sesuai untuk jamuan diadakan
  • Mengurus dan membuat bajet jamuan serta menu-menu yang sesuai serta Halal
  • Menjemput barisan pentadbir dan para guru yang berkaitan menghadiri aktiviti-aktiviti Lembaga Pengawas
  • Mengurus hadiah dan cenderamata yang berkaitan

BIRO MERIT-DEMERIT
  • Membantu guru-guru Penyelaras Tingkatan mengemaskini Borang Pemantauan Kelas dan Borang Kebenaran Keluar Kelas
  • Menyediakan jadual pengawas yang membantu serta memberi taklimat berkaitan pengurusan borang merit-demerit
  • Membantu Penyelaras Tingkatan (Guru-guru Disiplin) mengemaskini Fail Disiplin setiap tingkatan
  • Membantu mencetak markah demerit terkumpul setiap tiga bulan untuk dipamerkan

BIRO KECERIAAN DAN KEBERSIHAN 
  • Memastikan bilik pengawas sentiasa bersih, kemas dan teratur
  • Menyediakan jadual bertugas bilik pengawas
  • Menceriakan bilik pengawas
  • Bekerjasama dengan Biro Perhimpunan dalam memastikan kebersihan tapak perhimpunan/ dewan sebelum dan selepas upacara rasmi setiap majlis
  • Membantu guru-guru memantau kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah dan kelas-kelas
  • Memastikan pengawas yang bertanggungjawab membuat laporan kantin dan menyerahkan laporan tersebut kepada guru kantin

BIRO TEKNIKAL DAN SIARAYA
  • Bekerjasama dengan Biro Aktiviti dan Dokumentasi dalam merancang aktiviti Lembaga Pengawas
  • Mengurus sebarang penggunaan sistem PA dalam aktiviti Lembaga Pengawas
  • Membantu mengurus penggunaan sistem PA jika diperlukan oleh guru-guru
  • Menyediakan tenaga sukarela dalam setiap program pengawas
  • Menyediakan slideshow aktiviti pengawas 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS 
  • Mengawal disiplin pelajar.
  • Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
  • Menjaga imej dan nama baik sekolah.
  • Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
  • Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
  • Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
  • Memimpin rakan-rakan pelajar.
  • Mencegah kes jenayah di sekolah. 
  • Menghormati guru.
  • Tidak berat sebelah dalam melaksanakan tugas harian.
  • Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas serta sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
  • Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
  • Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
  • Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
  • Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya-upaya untuk mengubah sikap mereka.
  • Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
  • Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah untuk rujukan dan tindakan disiplin.
  • Patuh pada ketetapan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat bertugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

MESYUARAT BULANAN 
  • Diadakan sebulan sekali.
  • Wajib dihadiri oleh semua ahli Lembaga Pengawas.
  • Agenda, tempat, masa dan guru-guru pengawas yang akan hadir hendaklah diumumkan kepada semua pengawas secara bertulis sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh mesyuarat.
  • Laporan minit mesyuarat yang lalu daripada Setiausaha atau Penolongnya mesti disahkan dalam mesyuarat tersebut.
  • Tanpa pengesahan oleh majoriti, laporan-laporan tersebut tidak akan diterima.
  • Pengawas-pengawas yang tidak bersetuju dengan laporan-laporan tersebut dikehendaki memberi sebab-sebabnya menolak laporan tersebut.
  • Laporan aktiviti daripada pengawas yang telah dipertanggungjawabkan serta perancangan aktiviti yang akan dilakukan hendaklah dipertimbangkan dalam mesyuarat.
  • Sebarang cadangan yang tidak menerima sokongan majoriti tidak akan diterima kecuali adanya undi pemutus daripada Ketua Pengawas atau guru-guru pengawas.
  • Laporan mengenai segala projek yang berkaitan dengan pihak pentadbiran sekolah mesti dibuat dan diserahkan kepada Tuan Pengetua. Tanpa kebenaran Tuan Pengetua, projek tersebut akan dibatalkan.
 Agenda-agenda mesyuarat:
1. Ucapan Ketua Pengawas
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Pengesahan dan pembentangan laporan kewangan
4. Perkara-perkara berbangkit dan tindakannya
5. Perkara-perkara khas
6. Hal-hal lain

Agenda ini boleh diubahsuai mengikut kehendak dan keadaan semasa.


MESYUARAT MINGGUAN 
  • Diadakan seminggu sekali.
  • Dipengerusikan oleh Ketua Pengawas.
  • Diwajibkan hadir oleh semua AJKT, Ketua-ketua Biro dan Ketua Kumpulan Lembaga Pengawas.
  • Ahli Lembaga Pengawas lain digalakkan hadir.
  • Tempat bermesyuarat di Bilik Pengawas.
  • Matlamat mesyuarat adalah untuk membincangkan dan mempertingkatkan lagi organisasi Lembaga Pengawas.
  • Laporan dan post-mortem berkaitan tugasan, disiplin dan aktiviti-aktiviti pengawas.
  • Mesyuarat mesti diminitkan.
 



 

BENDERA SEKOLAH (THE SCHOOL FLAG)




Direkabentuk oleh En. Oh Boon Tat (1948)


  • Warna Hitam : Melambangkan kekuatan keupayaan (serba boleh)
  • Warna putih :Melambangkan kesucian dan kejujuran
  • Warna Merah :Melambangkan keberanian dan kecergasan.

Wednesday, 8 January 2014

THE SCHOOL SONG (LYRICS)

The School By the Bukit
Composed by Git Kim Ann

In the land that is north,
There's an old great school we hear, 
Famous sons and daughters have sailed forth, 
borne their honour far and near.
Some have fought and conquered 'dragons', 
others nature's secrets won. 
Here within out sun-kissed province 
Deeds are waiting to be done.
At the high school by the Bukit
where Mertajam lies her plain.
Rears her head the boys are ready, 
to face danger, conquer pain.
To the future we'll preserve.
 with these proud words as our guide 
Aut Coepisse Noli Aut Confice
 We'll take everything in stride,
Everyday you'll see us toil,
without grouse without whine.
And everybody you'll see us stand tall,
till the sun has ceased to shine.
Everyday, you'll see us stand tall,
till the sun has ceased to shine

Tuesday, 7 January 2014

HSBM MISSION & VISION

MISI

Membangunkan potensi murid bertaraf dunia selaras dengan FPK melalui kepimpinan, pengurusan, perkhidmatan dan pengajaran yang holistik dan berkesan, dengan mengamalkan budaya kerja yang berkualiti dan profesional.

(To develop world class student potential in accordance with The National Education Philosophy through holistic and effective leadership, management, services and teaching by practising quality and professional work ethics)



VISI

HSBM SEBAGAI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI DI MALAYSIA MENJELANG TAHUN 2017

(HSBM as a high performance school in Malaysia by the year 2017)



MOTTO

Accomplish or Do Not Begin

(Menyempurnakan atau Jangan Memulakan)