HSBM PREFECTS
BORN TO BE LEADERS...
THE AJKT
Labels
ABOUT HSBM
(6)
USEFUL
(5)
ABOUT HSBM PREFECTS
(2)
ACTIVITIES
(2)
PRINCIPAL'S MESSAGE
(2)
DUTIES
(1)
PREFECTS CONSTITUTION
(1)
hsbm
Friday, 30 September 2016
Tuesday, 15 March 2016
TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS UNTUK LANTIKAN PENGAWAS 2016
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM,
ALHAMDULILAH HIRABBI AALAMIN ASSOLATUASOLAMUALA
ASRAFI AMBIAIWALMURSALIN WAALAALIHI WASAHBIHIAJMAIN.
ASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
DAN SALAM SEJAHTERA.
Ke pekan kuala membeli
bidara
Sayang pesanan terlupa
sudah
Assalamualaikum pembuka
bicara
Majlis bermula di pagi
yang indah.
Yang Berusaha Tn. Hj. Mohamad Azudin Bin Abdullah,
Guru Penolong Kanan 1,
Pn. Hjh Siti Zawiyah Bt. Mahamud , Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
En. Mohamad Zawawi Bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Pn. Che Noora Bt. Md Said, Guru Penolong Kanan Tingkatan 6,
Ketua-Ketua Bidang, guru-guru, para pengawas sekolah, serta para pelajar
yang dikasihi sekalian.
Sekali lagi, dipanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya kita dapat berhimpun dalam Majlis Pelantikan Kepimpinan Pengawas SMK
Tinggi Bukit Mertajam bagi tahun 2016.
Untuk pengetahuan semua, seramai 122 orang
pengawas sekolah akan menerima watikah masing-masing.
Upacara yang penuh simbolik ini bukan sahaja memenuhi tradisi pelantikan
sayap utama sekolah ini, tetapi merupakan satu amanah yang akan dipikul oleh
mereka.
Hadirin hadirat yang
dimuliakan …
Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan pengawas sekolah.
Untuk itu, majlis menjemput Yang
Berusaha Pn. Hjh Siti Zawiyah Bt. Mahamud, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid diiringi Pn. Faridah Binti Ahmad, Ketua Guru Pengawas bagi
menyempurnakannya.
Dipersilakan
pengawas sekolah saudari Nur Athirah Binti Mohd Nasruddin, …(baca daripada
senarai nama dari bawah ke atas)
Seterusnya
dipersilakan Pengawas Kanan
1.
Tan Yi Dzin (Bendahari Unit Pengawas 2016)
2.
Vanessa Ang Jia Lin (Penolong
Setiausaha Unit Pengawas 2016)
3.
Kathleeya Narisha A/P Richard (Setiausaha
Unit Pengawas 2016)
Majlis
diteruskan dengan menjemput saudari Fadhilatun Nisa Binti Mohamed Shaik
Jamaludin selaku Timbalan Ketua Pengawas SMK Tinggi Bukit Mertajam tahun
2016 untuk menerima watikah.
Dan akhir sekali majlis mempersilakan saudara Nicholas Nathan Nimbalker,
selaku Ketua Pelajar SMK Tinggi Bukit Mertajam tahun 2016 untuk
menerima watikah.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. Hjh Siti Zawiyah Bt.
Mahamud, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid kerana sudi menyempurnakan majlis
penyerahan watikah itu tadi.
Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar pengawas.
Untuk itu, dipersilakan saudara Nicholas Nathan Nimbalker, Ketua Pelajar
SMK Tinggi Bukit Mertajam untuk mengetuai bacaan ikrar.
(bacaan ikrar)
Terima kasih diucapkan kepada saudara Nicholas atas bacaan
ikrar itu tadi.
Dijemput semua pentadbir untuk sesi bergambar
bersama Pengawas Sekolah tahun 2016.
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon jati,
Sampai sudah ke penghujung acara,
Tahun depan kita bersua lagi.
Majlis diserah semula
kepada pengacara majlis.
Tuesday, 5 January 2016
BICARA PENGETUA 2016
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama melafazkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia serta keizinan-Nya, kita sihat, selamat dan dipanjangkan umur untuk terus menikmati kehidupan di dunia ini dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Selamat Datang kepada semua warga HSBM untuk kembali bertugas bagi sesi persekolahan 2016.
Kajian menunjukkan bahawa pekerja adalah faktor penentu kepada kejayaan sesebuah organisasi. Maka guru-guru mestilah melakukan anjakan paradigma dengan melengkapi diri dengan pemikiran dan pembudayaan pendidikan alaf baharu. Kita akan ketinggalan jika kita bersikap “wait and see” atau “I follow”. Sebaliknya kita harus mempunyai sifat penggunaan ilmu dan mengamalkan budaya kerja cemerlang dengan melaksanakan perubahan yang positif, pemikiran yang futuristik, kreatif dan inovatif untuk memastikan setiap tugas dapat dilaksanakan dengan baik, berkesan, berdaya saing dan memberikan impak yang positif dan “desirable outcome” kepada organisasi.
Para guru perlu diperlengkapkan dengan teknik dan strategi pengajaran, elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan pembelajaran Abad 21 (21st Century Classroom). Pembelajaran Abad 21 bukannya hanya terhad kepada bilik darjah yang dilengkapi dengan teknologi canggih dan sofistikated tetapi lebih kepada pembelajaran holistik dengan 3 objektif iaitu:-
- Untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berkolaboratif, berupaya berkomunikasi dengan berkesan dan berfikiran kritis , kreatif dan inovasi.
- Untuk melahirkan para guru yang mempunyai kemahiran pedagogi abad 21 iaitu berbantukan ICT dan kepelbagaian dalam metodologi penyampaian ilmu.
- Memastikan ekosistem pengurusan bilik darjah yang kondusif, mempunyai jaringan internet atau interraktif dan produktif iaitu keberhasilan kepada cara berfikir murid-murid di peringkat global.
Kepada semua guru-guru amalkan budaya kerja cemerlang, Tonggak Dua belas, MMI dan integriti dalam kerja harian kita untuk membawa HSBM ke Band 1 dan mencapai status Sekolah Kluster dan seterusnya Sekolah Berprestasi Tinggi.
Selamat Bertugas. Semoga usaha yang kita laksanakan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T jua.
Sekian, terima kasih.
‘ TOGETHER WE STRIVE FOR EXCELLENCE’
EN. KHALIQUL ZAMAN MOHAMED SHERIFF
Pengetua Cemerlang
SMK Tinggi Bukit Mertajam
Monday, 4 January 2016
STRUKTUR ORGANISASI HSBM 2016 (HSBM ADMINISTRATORS 2016)
STRUKTUR ORGANISASI HSBM
TAHUN 2016
Pengetua Cemerlang (EN. KHALIQUL ZAMAN BIN MOHAMED SHERIFF)
Penolong Kanan Pentadbiran
( MOHAMAD AZUDIN BIN ABDULLAH )
|
Penolong Kanan HEM (SITI ZAWIYAH BINTI MAHAMUD) |
Penolong Kanan Tingkatan 6 (EN. HJH CHE NOORA BINTI MD SAID) |
Penolong Kanan Kokurikulum (EN.MOHAMAD ZAWAWI BIN AHMAD) |
GURU KANAN BIDANG
Guru Kanan Bidang Sains & Matematik
(EN. SOBRI BIN HJ. MOHAMAD)
|
Guru Kanan Bidang Bahasa
(PN. RAHIMAH BINTI ZAINUDIN)
|
Thursday, 19 March 2015
SAMPLE TENTATIVE PROGRAMME
TENTATIF PROGRAM
*Tertakluk pada perubahan
Tarikh (Hari)
0730 : Pendaftaran
0800 : Taklimat keselamatan
0830 : Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan
1000 : Rehat/ Sarapan pagi
1030 : Teamwork Game 1
1230 : Makan tengah hari / Solat Zuhur
1400 : Modul 1 dan Modul 2
“Creating Empowering Beliefs & Characters”
“A leader’s Winning State of Mind”
1630 : Rehat / Minum petang / Solat Asar
1715 : Leadership Game
1900 : Solat maghrib berjemaah
2100 : “Campfire” dan BBQ
2300 : Minum Malam
Tarikh (Hari)
0500 : Qiyamullail (Pelajar Islam Sahaja)
0600 : Solat Subuh berjemaah/ tazkirah (Pelajar Islam Sahaja)
0700 : Regangan Pagi
0730 : Sarapan
0800 : Refleksi
0930 : Majlis penutup /penyampaian hadiah/sijil
Monday, 16 March 2015
Thursday, 26 February 2015
SAMPLE TEMPLATE (PROPOSAL FOR A SCHOOL PROJECT/ ACTIVITY)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI BUKIT MERTAJAM
KERTAS KERJA
______________________________________________________
NAMA PROGRAM:
TEMA :
TARIKH :
TEMPAT :
ANJURAN : UNIT PENGAWAS
HSBM
________________________________________________
1.0 Pengenalan
2.0 Tema
3.0 Rasional
4.0 Matlamat
5.0 Objektif
6.0 Kumpulan sasaran
7.0 Tarikh
8.0 Tempat
9.0 Anjuran
10.0 Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Penaung: Nama Pengetua
Pengerusi: Nama PK HEM
Penyelaras: Nama Ketua Guru Pengawas
Setiausaha: Guru Pengawas
AJK Badan Disiplin: Nama Guru Disiplin
Pelaksana: Guru Pengawas/ Guru Disiplin/ Guru kaunseling
11.0 Kewangan
11.1 Anggaran Perbelanjaan
(Contoh)
Alatan Kursus
·
Fail Poket (110 x RM 1.00) = RM 110.00
·
Pen Marker (2 kotak x 26.00) = RM 52.00
Jumlah RM 162.00
11.2 Sumber
Pendapatan
(Contoh)
- Sumbangan PIBG =
RM 100.00
Jumlah RM 100.00
12.0 Tentatif Program
13.0 Penutup
Subscribe to:
Posts (Atom)